Passport Malaysia yang merah.

passportmalaysia Passport Malaysia yang merah.

Hari yang agak memenatkan kaki aku. Bertapak ke kompleks PKNS, Shah Alam untuk buat passport Malaysia nih. Warna merah. Harganya RM100 untuk 2 tahun. Masa yang diperlukan selepas tolak campur bahagi..15 minit urusan pembayaran, 1 jam lebih menunggu passport diproeses dan 15 minit menunggu mereka panggil nama aku untuk ambil passport diatas nih. Senang cerita, dekat 2 jam lebih. Aku datang tengah hari, balik petang. Kira oklah tu. Kalau dulu, lagi lama dari ni rasanya. Itu kata mak aku la. Pengalaman aku, sekejap aje.

Dalam masa menunggu tu, aku gi la shopping kejap. Habis dalam 50 ringgit joli sana sini. Dapatlah buku kreko, makan McD, surat khabar, buku “Buat Duit dengan Youtube dan juga sebijik cooler yang berharga 25 ringgit. Yang cooler tu aku beli kat Banting, bukan kat kompleks nih..

Ps: Serius, tapak kaki aku sakit naik tangga turun tangga. Ntah kenapa aku rasa malas betul naik lif hari ini..

This entry was posted in Jalan-Jalan, Personal and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled

Spam Protection by WP-SpamFree